berita

Kecewa Putus Cinta, Wanita Buat Majlis Pengebumian Untuk Diri Sendiri

November 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita di China telah mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya sendiri dalam usahanya untuk pulih selepas putus cinta dengan teman lelakinya.

Artikel Berkaitan: ‘Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Berhenti’ – Mimi Lana

Artikel Berkaitan: Sah! Jisoo & Ahn Bo-hyun Dah Putus Cinta, Peminat Desak Hae-in Cepat Masuk ‘Line’

Jemput rakan-rakan

Menerusi laporan South China Morning Post, Wang, 25 , menjemput rakan-rakannya menghadiri acara pengebumian itu untuk ‘mengucapkan selamat tinggal’ kepadanya.

Hubungan tiga tahun Wang dan teman lelakinya berakhir enam bulan lalu selepas ibu bapanya tidak membenarkan mereka berkahwin.

Wang berasa tertekan setelah dia menghadiri beberapa majlis perkahwinan baru-baru ini kerana dia sentiasa ditanya oleh rakan-rakannya mengenai majlis perkahwinannya.

Disebabkan itu, dia memutuskan untuk mengadakan acara pengebumian itu untuk memberi peluang mereka berkumpul dan menandakan kebangkitan hidup baru tanpa teman lelakinya.

Dia mengadakan acara tersebut dia sebuah kedai bunga di bandar Chengdu dengan tempat itu disediakan secara percuma oleh pemilik kedai tersebut

Dalam acara tersebut, Wang berbaring di atas katil dikelilingi oleh lilin, manakala rakan-rakannya tunduk dan memberinya bunga putih satu demi satu, seperti yang dilakukan orang pada pengebumian biasa.

Menurut Wang, acara pengebumian ini adalah salah satu cara dia mengubati sakit hati yang dia rasakan selepas berpisah.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×