Sejak beberapa hari lalu, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian yang tidak membenarkan mereka untuk membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian di premis tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Hang Pun Kena Tipu Dengan Depa, Lepas Tu Mai Buat Cekang’ – Syifa Melvin
Terbaharu, akaun Instagram rasmi butik tersebut iaitu Femmes Glmmer menjawab segala dakwaan dan spekulasi ramai berhubung peraturan yang ditetapkan mereka.
‘Lain butik lain peraturan’
Menerusi perkongsian di IG Story, wakil daripada butik pakaian tersebut memaklumkan bahawa peraturan larangan membawa kanak-kanak masuk ke premis sudah dikuatkuasa sejak 1 Januari 2022 lagi. Tambahnya, peraturan tersebut dibuat untuk keselesaan pelanggan yang hadir.
Dalam pada itu, pihak butik berharap tidak ada lagi yang mempertikaikan kenapa dan mengapa peraturan tersebut dilaksanakan.
Kami minta lagi sekali, sila WhatsApp kami terlebih dahulu untuk mendapatkan peraturan sebelum datang ke butik kami.
Ada butik kena buka kasut, ada butik boleh pakai kasut. Ada butik ada terhada untuk mencuba baju. Ikut je peraturan mana-mana butik yang korang pergi. Lain butik lain peraturan.
Femmes Glemmer memaklumkan pernah berlaku satu situasi di mana ada kanak-kanak membuka ruangan fitting room sedangkan ketika itu pelanggan sedang berbogel untuk mencuba pakaian.
Sumber: Femmes Glemmer