berita

Kecoh Isteri Hamil Anak Pertama, Haqiem Rusli Minta Doa Orang Ramai – ‘Saya Gurau-Gurau Je, Buat Masa Ni Belum Ada Lagi’

March 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Berita mengenai cahaya mata adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Begitu juga dengan penyanyi terkenal, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea. Setelah hampir empat bulan berkahwin, sudah pasti ramai peminat ternanti-nanti tentang berita kehamilan Anis Sofea.

‘Anak coming soon’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran)

Sebelum ini Haqiem dan isterinya mendakwa masih belum bersedia menimang cahaya mata kerana usia mereka masih muda. Malah dia juga pernah memberitahu belum ada berita baik mengenai cahaya mata namun akan berkongsikan kepada umum jika isterinya disahkan hamil.

Tetapi kenyataan daripada penyanyi berusia 24 tahun baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya. Menerusi satu video pendek yang dimuat naik oleh seorang jurugambar iaitu Aqo Imran, Haqiem memberitahu ‘anak coming soon’.

Kenyataan tersebut sekaligus meninggalkan tanda tanya adakah isterinya kini sudah berbadan dua atau sebaliknya. Difahamkan, Haqiem mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Aqo Imran memuji wajah Anis Sofea kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.

Wow anak ‘coming soon’ katanya. All the best Haqiem dan Anis. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Haritu  baru je shoot wedding diorang.

Penjelasan Haqiem Rusli

Terbaru, menerusi perkongsian video di IG Story, Haqiem memaklumkan kenyataan bahawa dia bakal menimang cahaya mata pertama adalah tidak benar kerana ketika dirakam, dia hanya bergurau sahaja dengan Aqo Imran. Namun pelantun lagu Tergantung Sepi ini berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar mereka bakal dikurniakan zuriat.

Guys ramai yang dah post video yang tentang kami akan dapat first baby tu sebenarnya saya gurau je dengan Aqo Imran. Aqo Imran yang record, saya gurau-gurau je. Buat masa sekarang ni belum lagi. Tetapi kami minta doa anda semua supaya kami dapat first baby. Jangan salah faham, thank you.

Sementara Anis Sofea meluahkan rasa syukur dan gembira kerana ramai yang menitipkan doa buat mereka. Jelas Anis lagi, sekiranya benar dia berbadan dua, dia akan menjadi orang pertama yang berkongsi mengenai berita gembira tersebut kepada umum.

Video

Sumber: Haqiem Rusli, Anis Sofea, Aqo Imran

SKIP THIS AD ×