berita

Kedai Berkonsepkan 1990-an Ini Pasti Buat Anda Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak.. Throwback Habis!

September 24th, 2017 | by Ash Nordin
MyResipi

Pada yang lahir pada tahun 1980 hingga 1990-an, kami pasti anda mempunyai banyak pengalaman serta memori manis ketika zaman kanak-kanak kan? Setiap petang sebelum masuk waktu maghrib kita akan duduk depan televisyen untuk menonton kartun Doraemon.

Bukan dengan rancangan televisyen sahaja, malah waktu itu juga kita banyak beli produk makanan yang sering diiklankan di kaca TV. Tapi zaman itu sudah berlalu, kini teknologi serta gadget sudah ambil alih. Tapi tahukah anda, baru-baru ini ada satu kedai berkonsepkan zaman 1970 hingga 1990-an telah dibuka? Wahh di mana tu?

Dapat kembali ke zaman ‘kegemilangan’ dulu..

Untuk pengetahuan anda kedai Childhood Memory lane ini terletak di dua lokasi iaitu di;

Mytown shopping mall, B1-080 (Berhampiran village grosser dan berhadapan dengan Restaurant Hong Kong Shen kee).
IOI City Mall Level 1 ( Berdekatan dengan Ice Skating)
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Masihkah anda ingat?

Untuk pengetahuan anda, kedai berkonsepkan 1970 hingga 1990-an ni bukan sahaja menjual makanan yang menjadi makanan harian kita pada waktu dulu, malah Childhood Memory Lane juga menjual barang-barang permainan yang pasti menggamit memori kanak-kanak anda.

Tora-tora, Jojo dan macam-macam lagi!

Sumber: Facebook Childhood Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×