berita

Kedai Diserbu JHEAT, Akak Tayang Aset Ditahan, Rakan Dakwa Pelayan ‘Air Buah’ Dianiaya?

July 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai tindakan sekumpulan pelanggan lelaki yang bergambar mesra dengan seorang pelayan wanita yang berpakaian kurang sopan telah mengundang kemarahan ramai.

Susulan daripada itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedai tersebut sememangnya dalam pemantauan pihak mereka sebelum video itu viral lagi.

Pelayan air buah viral mangsa keadaan

Menurut sumber, pihak JHEAT telah menyerbu kedai buah berkenaan untuk mengambil keterangan daripada pelayan wanita berusia 35 tahun itu dan beberapa saksi. Namun begitu, salah seorang pelayan di restoran tersebut telah tampil meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku. Individu terbabit mendakwa bahawa rakannya yang dikenali sebagai Darlene Adrienne itu seakan teraniaya gara-gara perilaku tidak senonoh segelintir pelanggan mereka.

Dia (Darlene) mangsa keadaan, orang lain buat hal, kami yang kena.

Difahamkan, pelayan seksi tersebut juga terpaksa mengambil cuti kerana perlu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa berhubung videonya yang viral.

Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin memaklumkan bahawa pelayan wanita itu ditahan di dalam premis miliknya ketika operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu pada malam Selasa.

Keterangan telah direkodkan, beberapa saksi termasuk saksi tambahan akan turut dipanggil bagi membantu siasatan. Sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen.

Tambah M Rozi lagi, pihaknya mengesyorkan kes itu dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Difahamkan, sebelum ini wanita berkenaan telah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×