berita

Kedai Tatu Tutup, Wanita Hidup Lebih Setahun Dengan 4 Kening

September 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita di Bangkok, Thailand terpaksa menahan malu dan hidup dengan dua pasang kening di mukanya selama lebih setahun, selepas melakukan prosedur mencacah tatu di keningnya.

Kedai tutup selepas buat salah

Memetik laporan Oddity Central, prosedur tatu kening yang cukup popular di seluruh dunia itu sepatutnya membuat individu tampak lebih cantik, namun malang untuk wanita itu selepas prosedur tersebut gagal.

Setahun lalu, Nipapron Meeking, 32 tahun membayar 1,500 baht (RM185) di sebuah klinik kecantikan kecil di Rayong, Thailand, dengan harapan bakal memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik.

Bagaimanapun, prosedur itu tidak menjadi apabila dia mempunyai dua pasang kening.

Saya masih ingat mahu melancong dengan rakan dan mahu ‘kening baharu’.

Seorang kawan mencadangkan sebuah kedai. Selepas prosedur itu, saya melihat cermin dan tidak dapat bersuara.

Kakitangan klinik berkenaan berjanji untuk memperbaiki kesilapan itu secara percuma pada keesokan harinya, namun premis tersebut sudah ditutup, sehari selepas kejadian.

Klinik itu tidak dibuka lagi dan dia terpaksa hidup dengan empat kening di mukanya, menjejaskan keyakinan dirinya dan dia mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah.

Saya juga pergi ke pelukis tatu yang berbeza tetapi mereka tidak dapat memperbaikinya.

Akhirnya, dia berjaya mencari seorang artis tatu yang mahu membantunya memadamkan kening palsu secara percuma, meskipun prosedur pemadaman tatu biasanya menelan kos lebih AS$400 (kira-kira RM1,796).

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×