Usaha pengarah Syafiq Yusof untuk memikat hati penonton di Indonesia nampaknya gagal apabila filem Sheriff tidak mendapat sambutan yang baik di negara tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Segera Menonton Filem Sheriff Di Pawagam Indonesia, Syafiq’ – Joko Anwar
Kegagalan saya sendiri
Menerusi perkongsian di aplikasi X, Syafiq berkata, filem tersebut kurang mendapat sambutan di Indonesia bukan berpunca daripada penonton di negara itu yang tidak mahu menyokong filem dari Malaysia, sebaliknya dia sendiri yang bertanggungjawab di atas kegagalan itu.
Tambah Syafiq, dia meletakkan segala kelemahan yang berlaku di bahunya dan perlu berusaha lebih keras untuk memperbaiki kualiti filem yang dihasilkan pada masa akan datang.
Sentimen yang mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar.
Kegagalan filem Sheriff di Indonesia adalah kegagalan saya sendiri. Tidak harus salahkan sesiapa.
Saya harus bertanggungjawab atas kegagalan ini dan perlu terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan.
Saya berterima kasih kepada Indonesia kerana memberi peluang untuk filem Sheriff ditayangkan di sana.
Berbicara lebih lanjut, Syafiq mengakui rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mereka sukai. Tambahnya, filem arahannya itu masih jauh ketinggalan berbanding filem aksi di Indonesia.
Rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mahu ditonton. Saya akui Sheriff masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem-filem aksi Indonesia.
Sekiranya sesebuah filem itu tidak laku di satu tempat, itu bukan salah penonton tetapi salah pembikin.
Terdahulu, Syafiq reda apabila tayangan Sheriff di 100 pawagam di Indonesia diturunkan secara drastik selepas dilaporkan kurang mendapat sambutan sejak mula ditayangkan pada 23 Mei lalu.
Sumber: X