Lelaki ini menerusi Instagram kongsi kisah di sebalik kejayaan menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian, dia berhadapan dengan masalah kewangan sehingga nenek keberatan untuk membenarkannya belajar lagi.
Namun dengan bantuan Datuk Seri Siti Nurhaliza kehidupan mereka berubah sekelip mata. Rezeki datang bergolek sehingga dia berjaya dengan cemerlang dalam sarjananya!
Satu-satunya ANC dalam kelas
Kawan aku ni satu satunya ANC dekat kelas utk master. Sebak baca kisah dia weh cara dia survive utk study & sara hidup?
So dia jual kuih & salah seorg pembeli tu @CTNurhaliza11 okay!
Korg tolong support sampai Tokti balas, nak Tokti tau kawan aku nak terima kasih sgt kat dia? pic.twitter.com/fHuQPxDTJD
— Fiz Faieznor ? (@FizFaiez) October 25, 2018
Ada masalah kewangan
View this post on Instagram
KISAH PENJUAL KUIH
Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi
Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.
Opah sampai menangis
View this post on Instagram
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.
Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar. Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi.. Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan. Terima kasih Allah!
Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih.. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Siti ucap tahniah
View this post on Instagram
Tidur sambil tersenyum semalam.. Terima kasih semua yang telah membantu.. @ctdk
Sumber : Ridzuan Khalid