Pempengaruh, Zhiddin Aziz berkongsi bahawa didikan dan kecenderungan daripada ayahnya, Allahyarham Aziz Desa membuatkan dirinya begitu ikhlas dalam mempelajari bahasa Melayu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah Suci – ‘Perangai Orang Begini Tetap Ada’
Ikhlas sebab arwah ayah
Menerusi video yang dikongsikan @bckupacc99 di Aplikasi X, Zhiddin memaklumkan ibu dan ayahnya begitu memartabatkan bahasa sehinggakan mengamalkannya setiap kali berkomunikasi di rumah.
Tambah Zhiddin, sajak bertajuk ‘Anak Jiran Tionghua’ juga sudah melekat difikiran seawal usianya lapan tahun.
Keikhlasan saya dalam bidang ini (bahasa) kerana kecenderungan daripada ayah saya.
Apabila bercakap soal mahu memartabatkan bahasa, ibu dan ayah saya benar-benar mengamalkan dalam sanggah (rumah).
Waktu saya darjah dua dan tiga, bukan saja hafal tapi sudah melekatnya sajak ‘Anak Jiran Tionghua’ karya Allahyarham Usman Awang.
Menerusi hantaran itu juga, kelihatan Zhiddin sempat mendeklamasikan sajak tersebut dengan penuh semangat dan hiba sehingga berjaya meraih perhatian penonton yang hadir.
Aplikasi X
Allahyarham Aziz Desa tinggalkan permata hatinya yang pandai beradab & bahasa yang baik, hebat ? pic.twitter.com/07RL5CCT1Z
— ?? (@bckupacc99) January 5, 2025
Sumber: Aplikasi X