Baru-baru ini, pelakon Keith Foo mengungkap perasaan cintanya kepada teman wanita, Riena Diana menerusi kata-kata manis yang dikongsikan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Keith Foo & Riena Diana Dah Ada Tarikh Kahwin? – ‘Perancangan Tu Ada, Cuma Kami Tak Nak Terburu-Buru’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keith Foo Akui Jatuh Cinta Dengan Kecantikan Riena Diana – ‘Itu Fakta Bukan Auta’
Kata-kata romantis Keith Foo
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Keith atau nama lengkapnya Foo Chuan Chin, 42, meluahkan rasa syukur atas kehadiran pelakon Riena yang telah memberi ‘sinar’ baharu dalam hidupnya.
Ada ketika saya terfikir tentang perkara kecil yang awak lakukan membawa perubahan dan saya bersyukur.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Layang Layang Perkahwinan ini juga bersyukur dan menghargai segala kenangan dan memori yang mereka cipta bersama.
Setiap detik yang kita luangkan bersama, nasihat yang awak beri atau kehadiran awak begitu bermakna bagi saya.
Hidup saya bertambah indah bila ada awak dan saya bersyukur dengan semua memori kita cipta bersama.
Awak membuatkan hidup saya lebih bermakna dan saya harap awak tahu betapa saya menghargai awak walaupun saya tidak menunjukkannya.
Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.
Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: Instagram Keith Foo