Sejak menjalin hubungan cinta dengan aktres Riena Diana, aktor Keith Foo mengakui sering mendengar ceramah agama untuk menambah ilmu baharu yang bermanfaat untuk dirinya.
Artikel Berkaitan: Riena Diana Tak Mahu Paksa Keith Foo Belajar Agama Islam – ‘Tapi Dia Suka Dengar Khutbah & Sedekah Di Masjid’
Artikel Berkaitan: Riena Diana Pilih Gambar Berdua Jadi ‘Wallpaper’, Hadiah Iphone Dari Keith Foo Sebab Bangga Dengan Kejayaan Dicapai
‘Jadi manusia lebih baik’
Ingin menjadi manusia yang lebih baik, Keith, 41, berpendapat tidak salah untuk dia mendalami sesuatu ilmu yang berlainan dengan agama asalnya.
Perkara yang baik tidak salah untuk dipelajari, kita semua boleh belajar sesuatu dari agama lain. Ambil ilmu yang baik biarpun agama berlainan.
Mendengar ceramah boleh menambahkan ilmu saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Kalau ia positif, saya akan ambil.
Keith berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.
Dalam pada itu, Keith berkata, dia juga sering merujuk kepada Riena berkaitan hal agama seperti amalan bersedekah.
Iya betul (bersedekah). Ada kala saya kurang faham, saya akan bertanya kepada Riena.
Contoh, ketika sambutan Maulidurasul, saya tanya Riena apa yang boleh buat untuk tambah pahala, dia kata mungkin boleh bersedekah.
Setidaknya secara tidak langsung, dapat membantu golongan yang memerlukan. Sudah pasti saya seronok melakukan hal itu.
Rujuk Riena
Sementara itu, disoal adakah tidak risau susulan terlalu terbuka berkongsi kemesraan dengan Riena di media sosial, aktor itu mengambil pendekatan untuk menghiraukan komen negatif netizen.
Saya tidak kisah fasal negativiti kerana negativiti bukan boleh berlaku dalam hubungan sahaja, tetapi boleh wujud apa jua keadaan.
Kalau ada yang bercakap negatif saya tidak ambil kisah tetapi yang beri komen positif ambil sebagai pengajaran.
Bukan urusan saya untuk halang apa orang luar cakap, saya tiada hak untuk tentukan hidup mereka (netizen).