berita

‘Dalam Kiraan 5 Saat Mungkin Nyawa Kami Berempat Telah Tiada’

November 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Keterujaan empat sekeluarga mandi mandi dan berkelah di air terjun Ulu Yam berakhir apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran kepala air. Nasib menyebelahi mereka apabila si ibu menyedari datangnya gelombang air beberapa saat sebelum kejadian.

Di Facebook, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling meskipun hari tidak hujan.

Dalam 5 saat mungkin kami telah tiada

Allahuakbar Allah maha pengasih Alhamdulillah Allah masih melindungi kami anak beranak.

Dalam kiraan 5 saat mungkin nyawa kami berempat telah tiada.

Kronologi.

Usai cod barang-barang di rumah customer di Selayang Bharu kami terus ke air terjun ulu yam. Tak plan pun cuma siang td sebelum gerak dari rumah suami bagi idea jomlah bawa anak2 singgah mandi lepas cod nanti.

Cod selesai dan meneju kesini. Mulanya hanya nak bagi anak-anak mandi je. Tapi memang ada bawa ayam yg dah siap perap. Sesampai nya di tempat suami pun memulakan kerja bakar-bakar tepi gigi air lokasi (anak lelaki pegang kek) oh ya hari ni hari jadi dia yang ke 8 tahun.

Jam 4.30 pm
Hari memang mendung tapi tak menunjukkan hujan tergerak hati suami nak sewa sekejap kabin yang di belakang tu. Katanya bagi anak-anak selesa. Ok daku kata. Sementara anak-anak mandi dan daku sesekali jenguk anak-anak sebab paras pun tak dalam. Takdelah bahaya sangat fikirku.

Terasa pulak nak turun mandi pulak sambi main-main air dengam anak-anak. Daku pun turun sempat naik turun ambil ayam udang sotong yg siap masak untuk berikan pada anak-anak.

Nampak kepala air selang 4 hela sahaja

5.00 pm lebih kurang
Makan sambil mandi. Duduklah kejap di batuan besar di tepian gigi air sambil layan makanan tadi. Anak lelaki dah naik masa tu aku dan 2 orang lagi anak perempuan masih duduk di batu yang sikecik di batu paling rendah (jauh sikit dari gigi air tapi tak jauh sangat dariku dan kakaknya)

Suami hampiri kami kononnya nak join mandi. Entah macam mana mata aku nampak kepala air yg mana selang 4 hela sahaja akan menyambar kami. Aku terus bang air bang!! Sempat laki aku turun dan tolak si kecik si kakak pulak menarik tangan adiknya sebab batu yang si kakak duduk sebelah adik. Manakala aku batuan yang tinggi dan paling hampir dengan tepian.

Ya allah sekelip mata kami berjaya naik dan kepala air terus menghempas. Ya allah aku mengggil jantung berdegup laju lambat 5 saat kepala air akan menggulung kami dan mungkin nyawa kami melayang.

Sampai sekarang masih gigil. Aku peluk anak3 syukur kita selamat ya Allah tak henti2 mengucapkan syukur sambil gigil2.

Selalu tengok di tv dan berita benda macam ni hari ini berlaku depan mata dan hampir jadi mangsa.

Tolong… Tolong mak bapak di luar sana jangan jangan bagi anak mandi walaupun mendung tapi tak hujan. Atau jangan sama sekali musim2 begini bawa tempat2 sedemikian.

Aku tak dapat bayangkan kalau anak2 dan aku sendiri digulung air tadi degan deras kelajuannya dengan sampah sarap batang pokok2.

Allah2 terima kasih syukur kau masih melindungi kami.

Sumber : Ike Ynia Akiras

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×