berita

Kejadian Tangkap ‘Biawak’ Mencuit Hati Netizen

September 5th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Gara-gara panik melihat ‘biawak’ di dalam rak pakaiannya, seorang wanita menelefon pihak bomba bagi menangkap binatang itu. Kejadian yang berlaku tengahari itu mencuit hati pihak bomba apabila ‘biawak’ yang ingin ditangkap itu rupanya hanya seekor cicak.

Walau bagaimanapun, pihak bomba menyifatkan kejadian yang berlaku itu tidak boleh dielakkan dan sudah menjadi lumrah tugasan bomba.

Panik melihat kelibat binatang

Akibat panik melihat seekor cicak yang disangka ‘biawak’ di dalam rak pakaian, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke sebuah apartmen di Jalan Tropicana Utara, Petaling Jaya bagi menangkap haiwan berkenaan.

Kejadian berpunca apabila seorang wanita berusia 30-an yang panik melihat kelibat haiwan berkenaan memberitahu jiran lelakinya bahawa terdapat seekor biawak di dalam rak pakaian di salah sebuah bilik di rumahnya.

Pemangku Penyelia BBP Damansara Wan Halim Wan Sulaiman berkata, disebabkan salah faham, lelaki berkenaan membuat panggilan kecemasan dan meminta bantuan bomba bagi menangkap haiwan itu. Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.13 tengah hari mengenai kehadiran seekor ‘biawak’ di dalam rak pakaian jiran wanitanya.

Katanya, bertindak atas laporan, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke rumah berkenaan dan tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Tidak menemui biawak

Sebaik membuat pemeriksaan, pihak bomba tidak menemui ‘biawak’ seperti dilaporkan, sebaliknya hanya menemui seekor cicak bersaiz sebesar ibu jari bersembunyi di dalam rak pakaian wanita berkenaan.

Reptilia itu dilepaskan dan memaklumkan bahawa kejadian salah faham oleh pengadu yang panik seperti itu memang sering diterima pihak bomba.

Menurutnya, pihaknya sentiasa mengikut segala prosedur ditetapkan dan akan memberi maklum balas kepada setiap laporan yang diterima.

Netizen terhibur

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×