berita

Menantu Heret Ibu Mentua Keluar Dari Rumah, Siap Pukul & Tolak Ke Lantai

October 20th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita didakwa memukul ibu mentuanya ketika dia cuba menghalau warga emas itu dari rumahnya.

Artikel Berkaitan: Pakar Bius Menangis, Laung Azan Di Masjid Lepas Bunuh Mak Ayah

Artikel Berkaitan: Lelaki Tikam Bapa Mentua Sampai Mati

Pukul dan tolak

Menerusi laporan Ary News, kejadian ini berlaku di Maharashtra,India, di mana seorang wanita meminta ibu mentuanya yang sedang duduk di atas sofa untuk meninggalkan rumah.

Apabila ibu mentuanya enggan untuk keluar, wanita itu mula memukul dan menolaknya secara paksa dari sofa. Kedua-dua wanita itu dipercayai terlibat dalam pertengkaran, sebelum wanita tersebut secara tegas meminta ibu mentuanya untuk bangun dan pergi.

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan wanita itu berjalan ke pintu utama dan membuka secara luas. Kemudian, dia kembali kepada ibu mertuanya dan mengheret wanita itu.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti, namun satu laporan telah dibuat terhadap wanita tersebut selepas ibu mentuanya melaporkan kejadian itu di balai polis.

Sumber: Ary News

SKIP THIS AD ×