Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita berusia 26 tahun di India telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membakar suaminya yang dianggap ‘gelap dan hodoh’ empat tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Gambar Dibakar, Aliff Syukri Berang Diva AA Ugut Nak Hantar Sihir – ‘This Is Not Funny B*tch’
Artikel Berkaitan: Kejam! Lelaki Bakar Isteri Kerana Cemburu
‘Gelap dan hodoh’
Menerusi laporan Odisha TV, wanita tersebut kecewa dengan rupa dan kulit gelap suaminya menyebabkan dia berulang kali meminta untuk bercerai.
Walaupun sering dikecewakan, mangsa tetap mempertahankan rumah tangganya sehingga mereka mempunyai seorang anak perempuan pada November 2018.
Pada 15 April 2019 ketika mangsa sedang tidur, suspek menyimbahnya dengan minyak petrol lalu membakarnya. Mangsa dimasukkan ke hospital dan berada keadaan kritikal, namun mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Abang Satyaveer, Harveer Singh, memfailkan pertuduhan kepada tertuduh yang membawa kepada penahanan suspek.
Mahkamah tempatan telah mengesahkan pengisytiharan kematian mangsa kepada polis di mana dia sempat menamakan isterinya sebagai pembunuh.
Saya membawa isteri saya ke rumah ibu bapanya sehari sebelum kejadian dan saya pulang ke rumah pada malam yang sama.
Dalam pembelaannya, suspek mendakwa dia cuba menyelamatkan suaminya dan mengalami kecederaan melecur dalam proses itu.
Sumber: Odisha TV