berita

Kejam! Suami Tergamak Curah Petrol Bakar Isteri & Anak-Anak Sampai Melecur 55%

July 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Detik News

Gara-gara cemburu seorang lelaki sanggup membakar isteri dan dua anaknya di dalam rumahnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Bakar & Bunuh Isteri Akibat Cemburu, Lelaki Ini Menangis Depan Wartawan

Artikel Berkiatan: Ingkar Arahan Suami, Isteri Dibakar Dengan Minyak Tanah & Mancis

Suspek bakar diri sendiri

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Jakarta Timur, Indonesia pada Rabu lalu menyaksikan pasangan itu bertikam lidah kerana lelaki tersebut mendakwa isterinya curang.

Selepas bertengkar, isterinya keluar membeli lauk pauk manakala lelaki tersebut membeli petrol di kedai berdekatan. Difahamkan penduduk setempat sudah berasa curiga kerana dia membeli petrol sedangkan dia tidak mempunyai kenderaan.

Ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam, penduduk mendengar jeritan lalu bergegas ke rumah pasangan itu. Mereka kemudian terkejut melihat api yang sedang marak di ruang tamu rumah tersebut.

Pihak polis menyatakan lelaki itu bertindak mencurahkan petrol ke arah isteri dan anak-anaknya sebelum membakar mereka.

Pada mulanya mangsa (isteri) baru pulang ke rumah mereka selepas membeli lauk. Setibanya di rumah, mangsa melihat suspek sudah memegang botol petrol.

Disebabkan panik melihat mangsa melecur, suspek juga mencurah petrol ke atas badannya dan kemudian membakar diri sendiri.

Susulan itu, isteri dan seorang anaknya kini dirawat dirawat di Hospital Tarakan Jakarta Pusat manakala seorang lagi dirawat di Hospital Islam Sukapura, Jakarta Utara. Mereka dilaporkan melecur 55%.

Suspek berusia 48 tahun itu pula melecur sebanyak 20% di tangan dan peha yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Polri Kramat Jati dengan dipantau di bawah pengawasan khas.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×