berita

Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Bergilir-Gilir, Enam Beradik Ditahan Polis

November 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kanak-Kanak 11 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dipercayai dirogol tujuh orang lelaki secara bergilir-gilir di Kampung Pahat Luar, Gerik, Perak.

Artikel Berkaitan: Wanita Dirogol Dua Remaja Bergilir-Gilir, Mulut Ditutup Apabila Merayu Jangan Dirakam

Adik lelaki jadi saksi

Kanak-Kanak 11 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir

Menurut Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, ibu mangsa tampil membuat laporan mengenai anaknya yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek yang berusia antara 13 hingga 31 tahun.

Difahamkan kesemua suspek yang merupakan kenalan kepada abang mangsa telah melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam bilik rumah jiran yang terletak berselebahan di rumah kanak-kanak tersebut.

Hasil siasatan yang dibuat mendapati kejadian yang berlaku pada 3 November lalu itu turut disaksikan adik lelaki mangsa.

Hasil siasatan awal, ibu mangsa yang juga suri rumah berusia 36 tahun diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka berusia 11 tahun dirogol.

Enam daripada tujuh suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan seorang lagi suspek adalah rakan mereka. Saksi iaitu adik mangsa yang berumur sembilan tahun itu melihat tujuh suspek merogol kakaknya itu.

Saksi juga memberitahu ada melihat kejadian yang sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku. Mangsa tidak bersekolah.

Kesemua suspek kini telah pun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kira-kira jam 1.51 pagi Isnin.

Hasil saringan awal air kencing yang dibuat ke atas kesemua suspek bagaimanapun mendapati mereka bebas pengaruh dadah.

Kesemua suspek akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×