Hasrat Datuk Seri Adnan Abu untuk mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertamanya yang dibina sejak 2005 iaitu Datin Seri Sharifah gagal selepas mereka sah bercerai talak satu, pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Sah Cerai Talak Satu Dengan Datin, ‘Hilang’ 2 Isteri Sekali Gus Dalam Tempoh 21 Hari
Artikel Berkaitan: ‘Harapan Saya Memang Nak Kembali Bersama Tapi Kalau Bertepuk Sebelah Tangan Tak Guna’ – Datuk Red
Perkahwinan keduanya, bersama penyanyi Adira juga menemui titik noktah selepas bercerai pada 24 April lalu.
‘Kejarlah masa depan, kerjaya’
Ketika ditemui OhBulan! di rumah terbuka Mstar, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red akui meskipun dia dan kedua-dua isterinya telah berpisah dan membuat haluan masing-masing tetapi mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai kawan.
Andai kata kita tak ada jodoh, lebih elok kalau kita berkawan.
Sementara itu, Datuk Red sempat menitipkan doa buat Datin Seri Sharifah dan Adira agar mereka diberi kejayaan dan kebahagiaan. Ujar Datuk Red lagi, dia reda sekiranya kedua-dua isterinya itu bertemu jodoh kelak.
Kejarlah masa depan, kerjaya. Saya doakan mereka berjaya, saya tak nak gaduh-gaduh. Kalau mereka bertemu jodoh sekalipun, saya okay. Tapi jaga lah anak elok-elok.
Dalam perkembangan lain, Datuk Red memberitahu selain menjual kopi, sambal dan baju, dia turut mengeluarkan produk terbaharunya iaitu minyak wangi bagi lelaki dan perempuan.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak.