Siapa yang mengikuti perkembangan Johan Rajalawak di Instagram pasti tahu riuh rendah mereka sekeluarga apabila berada di rumah. Mesti ada sahaja usikan nakal yang membuatkan netizen geli hati dan terhibur.
Terbaru, isteri berkongsi pula kejutan hari jadi yang dibuat khas untuk pengasuh anak. Apa yang menyedihkan suami pengasuh baru sahaja meninggal dunia Mei lalu, anak pula kini sedang sakit.
Happy birthday Cora!
View this post on Instagram
Happy birthday Cora!! Kelam kabut dia g panggil ariq dekat luar sebab kita saje buat kelam kabut konon nak mintak tolong Ariq.. Sekali dia kena main la cik salmah. Ok korg mesti tertanya sape dia nih.. Ok dia nurse yang jaga baby sepanjang aku bekerja dekat luar.. Orang yang tegas tapi penyayang.. Dah sebulan lebih jaga baby.. Banyak benda aku tau tentang dia dan belajar dari dia.. Kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dengan tak nak je atau memilih dengan tak.
Suami meninggal, anak sakit
Satu malam duk dengan dia tengok dia cerita tahan sebak.. Dia cakap kat sini kadang dia di bayar untuk jaga org tua, baby.. sedangkan anak dia kat kampung sakit.. Terpaksa dia tinggalkan sebab nak cari duit lebih kat malaysia.. Bulan 5 aritu suami dia meninggal.. So dia sekarang kena tanggung mak, abg dia yg dah tua dan anak dia yg tak sihat.. Tabah betul dia.. Kadang dia tengok aku suap anak2 makan.. Dia kat tepi menitik-nitik air mata.. Aku nmpk dia cuba sorok muka.. Aku pon tak nak dia sedih terus cakap tapi tak pandang muka dia.. Aku suh dia keje leklok.. Nanti aku bawak anak ko datang sini melawat ko.. Jangan risau pasal duit belanja n tiket flight.. Nanti aku curik duit laki aku sebab dia banyak duit.. Tergelak dia sambil lap airmata dengar aku cakap.. Dia bukan islam tau.. Tapi dah selalu dengar aku cakap InsyaAllah, dia sendiri sebut.. Yes maam, insyaAllah.. Hareyyy betul aku lak yg sedih.. Tak susah pon nak bahagiakan org.. Bagi kasih sayang… Iyeee kasih sayang… Percayalah korg akan bahagia juga..
Kapsyen sebak
Sumber : jozlynnhanania