berita

Kejutan Hari Lahir Dari Kamal Adli Buat Emma Terharu. Sweet Habis!

March 27th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

birthdayema

Emma Maembong dan Kamal Adli, dahulunya pasangan yang cukup manis dan kelihatan manis bersama. Menerusi kenyataan terbaru Kamal di Harian Metro, beliau mengakui sudah bersedia untuk memperisterikan Emma.

Semalam Kamal Adli  telah membuat kejutan hari lahir Emma di panggung wayang. Kejutan ulang tahun lahirnya yang ke 25 itu turut dibantu oleh peminat Emma iaitu Emavengers. Ramai juga artis yang memeriahkan majlis itu termasuk Aiman Hakim dan Datin Eina Azman. Memang sweet habis!

Ajak tengok power rangers
ema

Thank you so much @kamaladli for the suprise ? Mula2 awak ajak sy tgok wayang cita power rangers . Tgh sedap2 tgok wayang tiba2 gelap . Lepas tu keluar video wish korang semua and drama sikit yg korang gigih buat.

Serious tak sangka satu hall tu korang book untuk buat birthday saya. Sgt2 hargai. Dan mmg surprise ini sgt2 SURPRISE !! Tak sangka dalam wayang pon jadi !! Love you all yg dtg td. ???? #emavengers #emmamaembong #emmaturns25 @emavengers

Menerusi laman Instagram milik Emma, beliau melahirkan rasa terharu kerana tidak menyangka Kamal Adli menempah satu hall untuk membuat kejutan hari jadi buat dirinya.

Suprise yang happening

aiman

Happy 25th birthday @emma_maembongofficial .hahaha sorry la x reti enviroment cute2 mcm ni.pening aku nak cari mana satu makanan mana satu perhiasan ? (cupcake la konon) ?.

Anyway wish u all the best in ur career and personal life.and good luck for our movie #kimchiuntukawak ok.and credit to @kamaladli sbb invite and buat this event happening.kalau korang rasa nak celebrate birthday happening mcm emma korang visit ig @kamaladli for more info ? bnyk pakej.

Ramai juga artis yang dijemput oleh Kamal Adli termasuk Aiman Hakim. Kalau korang nak tahu, sekarang Emma dan Aiman sedang hangat bercinta dalam drama terbaru mereka Kimchi Untuk Awak yang bakal ditayangkan 30 April ini.

ma

Kami di OhBulan! mengucapkan selamat hari lahir buat Emma dan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki. Amin..

Sumber : Emma Maembong

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×