berita

‘Kek Paling Tak Sedap Aku Rasa’ – Kek Dikecam Tak Sedap, Fazley Yaakob Ucap Terima Kasih

May 31st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Dato’ Fazley Yaakob

Chef selebriti terkenal Dato’ Fazley Yaakob menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil memberikan respon susulan menerima kritikan daripada seorang pembeli yang berkongsi maklum balas mengenai kek yang dijualnya.

‘Kek batik paling tak sedap’

Foto: Tangkap layar di media sosial

Individu berkenaan mendakwa, kek batik yang dijual oleh Dato’ Fazley Yaakob gagal memenuhi cita rasanya sebagai pembeli. Fazley menjelaskan dia menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan turut berterima kasih kepada invidu tersebut kerana sudi memberikan maklum balas mengenai kek yang dijualnya.

Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti @****** berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.

Pada masa yang sama, ramai netizen beranggapan tindakan individu tersebut adalah tidak wajar dan boleh menjatuhkan perniagaanya itu.

Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian (berkongsi paparan chat, walaupun mungkin bukan dia yang menulis) Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih.

‘Saya yakin beliau berniat baik’

Foto: Tangkap layar di media sosial

Ujar Fazley lagi, dia beranggapan individu tersebut mempunyai niat yang baik dengan memberi teguran kepadanya untuk memperbaiki lagi kek yang dijualnya.

Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama.

Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.

Bercerita lebih lanjut, Fazley menjelaskan dia berasa segan untuk memberi kritikan kepada masakan orang lain kerana masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.

Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker

Sumber: Dato’ Fazley Yaakob

SKIP THIS AD ×