“Cuaca panas gini dapat makan dessert sedap gak ek”
Tekak korang teringin dessert? Maklum la cuaca agak panas sekarang. Asyik nak makan benda sejuk je. Dah makan dessert sedap-sedap tu, jangan lupa minum air kosong banyak. Kang batuk, korang jugak yang susah.
Minggu lepas, kami terjah satu kafe dessert yang baru dibuka di Publika. Kami pergi pun sebab ada orang bagitahu makan dessert kat sini best. Dengar cerita, dessert diorang pun boleh tahan sedap. Meh kita tengok sama-sama..
UJI CHA Malaysia, kafe dessert konsep Jepun ni memikat habis!
Wow, tengok dari luar pun nampak menarik! UJI CHA Malaysia ni baru je dibuka di Publika. Dah penat shopping kat Publika tu, mesti tekak rasa kering kan? Boleh la singgah makan dessert kat sini. Ni baru tengok dari luar. Jom kita masuk dalam tengok..
Nampak? Suasana di UJI CHA Malaysia ni ternyata sangat tenang dan selesa. Bila dah masuk, memang kagum la. Feeling macam pergi kafe Jepun yang real. Paling tertarik dengan wallpaper diorang. Bila tengok gambar, macam betul-betul kat Jepun. Cantik sangat!
Di UJI CHA Malaysia, kalau korang nak buat kerja dengan laptop secara santai pun takda masalah. Sambil-sambil tu, boleh pekena dessert diorang. Apa agaknya menu menarik ek? Dengar cerita, hidangan kat sini berkonsepkan Jepun.
Aiskrim dengan nama bandar-bandar kat Jepun. Unik!
Kat mana nak jumpa aiskrim guna nama bandar kat Jepun? Ada di UJI CHA Malaysia je tau. Antara pilihan aiskrim yang ada ialah Uji Cha, Tokyo, Osaka, Hokkaido dan Okinawa. Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Bila makan, tekak lega habis. Sangat creamy!
Ice blended pelbagai perisa yang menyegarkan
Bagi korang yang suka ice blended, boleh cuba yang ni. Antara flavour ice blended yang ada di UJI CHA Malaysia ialah Matcha Latte, Houjicha Latte, Genmaicha Latte, Cocoa Latte, Matcha Chocolate Latte dan Yuzu. Ketulan aisnya hancur dan halus. Menyegarkan habis!
Peminat ais kepal wajib try Kakigori. Serius tergamam!
Korang ada member yang kaki makan ais kepal? Ajak diorang datang ke UJI CHA Malaysia dan try Kakigori, ais kepal Jepun bersaiz besar. Kami pun tergamam. Ada tiga perisa iaitu Matcha, Houjicha dan Kinako Kuromitsu. Makan ramai-ramai baru seronok!
Pekena Roll Cake yang menusuk kalbu ni. Puas hati oi!
Pergi kafe dessert, tak perfect la kalau tak makan kek kan? Sebab tu korang kena try Roll Cake di UJI CHA Malaysia. Terhidang cantik pula tu. Sayang rasa nak makan. Sedap dia hingga menusuk kalbu. Lembut dan berkrim. Yummy!
Wajib try Chocolat Du Terraine yang menggoda tekak, siap ada promosi!
Dah cuba Roll Cake, kami rekomen korang untuk cuba sekali kek paling menarik di UJI CHA Malaysia, Chocolat Du Terraine. Kalau korang nak tahu, kek ini dibuat dengan fresh setiap hari. Proses membuat dan membakar kek ni lebih 7 jam. Wow!
Nak tahu benda menarik pasal Chocolat Du Terraine ni yang takde pada kek lain? Kek ni diperbuat sepenuhnya dari coklat yang berkualiti. Tak guna tepung langsung. Korang kena cuba tau. Serius puas hati beb.
Lagi best, ada promosi menarik untuk korang yang nakkan Chocolat Du Terraine dengan lebih murah. Kalau korang beli mana-mana minuman, korang akan dapat diskaun 50% untuk Chocolat Du Terraine. Yay! Tapi promosi ni berjalan selama dua minggu je. Jangan sampai terlepas. Memang syok la!
Kombinasi pencuci mulut yang kenyal dengan gula perang Jepun ni ngam habis
Siapa yang rajin baca komik anime Jepun mesti tahu pasal mochi, sejenis kuih jepun dibuat daripada beras pulut. Di UJI CHA Malaysia, ada dua jenis mochi yang dihidangkan bersama gula perang Jepun iaitu Warabi Mochi Kinako dan Shiratama Kinako. Dah la comel, sedap pulak tu.
Kafe dessert tapi ada set makanan untuk makan tengah hari & malam?
Surprise gila bila dapat tahu pasal ni. Bukan setakat ada pencuci mulut yang sedap dan menarik, UJI CHA Malaysia juga ada set menu untuk lunch dan dinner. Nak tahu makanan apa yang ada? Meh tengok kat bawah.
Antara menu untuk makan tengah hari atau malam yang korang boleh pilih ialah Spicy Beef Chasu Udon, Special Homemade Curry Beef With Rice dan US Beef Sirloin With Rice/Udon. Semua set ini dihidang bersama daging lembu yang berkualiti dan diimport khas dari U.S tau. Bukan biasa-biasa!
Lagi best, bila order set ni korang dapat air dan dessert percuma. Macam gambar kat atas ni. Lagi jimat la. Korang yang kerja di sekitar Solaris Dutamas pun boleh datang makan tengah hari kat sini. Tak pun, singgah untuk makan malam lepas balik kerja. Bagi mereka yang bekerja di Publika, boleh order delivery tau. Syoknya!
Promosi istimewa sempena pembukaan UJI CHA Malaysia di Publika
Kami nak bagitahu korang satu berita menarik. Bagi korang pembaca setia OhBulan! boleh dapat promosi beli 1 dan dapat diskaun 50% untuk item kedua. Nak tahu caranya? Korang hanya perlu LIKE, KOMEN “Let’s UjiCha” & TAG 3 rakan di Facebook UJI CHA Malaysia. Senang kacang goreng je la.
*Promosi sah untuk semua hidangan kecuali pencuci mulut dan kek
*Promosi hanya sah di UJI CHA MALAYSIA, Publika
Kat bawah ni kami kongsikan lokasi UJI CHA Malaysia di Publika. Datang dan makan la kat sini dengan family atau member korang.
UJI CHA Malaysia
A2-G2 -5, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 KL
Tekak ni dah tak sabar nak makan dessert yang sedap-sedap kat UJI CHA Malaysia. Ada set menu untuk lunch dan dinner pulak tu. Memang recommended la. Makan sampai puas hati okay?
Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman Facebook UJI CHA Malaysia ni.