berita

Kekal Cantik Meskipun Dalam Pantang, Ini Foto Che’ Puan Khaleeda Bersama Tunku Zahrah Selepas Bersalin

April 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata keempat pada hari Rabu yang lalu.

Menerusi Instagram Che’ Puan Khaleeda, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Alhamdulillah

Menjunjung titah, Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan dengan izin Allah S.W.T. bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’azim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja menamakan puteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut.

YANG AMAT MULIA TUNKU ZAHRAH ZARITH AZIYAH BINTI TUNKU ISMAIL

Menerusi pengumuman tersebut, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat TMJ dan isterinya. Malah, mereka turut kagum melihat penampilan Che’ Puan Khaleeda semasa berpantang.

Cantiknya Che Puan

Alhamdulillah tahniah Che Puan. Lilly seronok dapat geng dia.

Walaupun tengah dalam pantang, Che Puan tetap cantik dan menawan.

Tahniah dan sedap nama anak TMJ yang keempat ni, mesti cantik macam bondanya.

Menurut netizen, penampilan Che Puan Khaleeda sungguh cantik meskipun sedang berpantang. Mereka turut berdoa agar Che Puan dan Tunku Zahrah sentiasa berada dalam keadaan sihat. Terdahulu, Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan perkahwinan pada 2014 dan telah dikurniakan tiga lagi anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Sumber: Che’ Puan Khaleeda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×