berita

‘Kekallah Jadi Orang Baik, Rezeki Akan Datang Dengan Pelbagai Cara’ – Pengurus Siti Nurhaliza

October 8th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kemenangan Wany Hasrita sebagai Bintang Popular malam tadi telah menarik perhatian netizen. Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini berjaya mengalahkan beberapa artis senior yang lain. Walaubagaimanapun, kemenangan tersebut dipertikaikan sehingga ada yang mendakwa penyanyi ini membeli undian peminat.

Artikel berkaitan : Didakwa Beli Undi ABPBH 2018, Ini Respon Wany Hasrita

Mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni, pengurus Datuk Seri Siti Norhaliza, Rozi Abdul Razak di Instagram memberi ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Wany Hasrita.

Kekallah menjadi orang baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Tahniah @wanyhasrita di atas gelaran Bintang Paling Popular. Kekallah menjadi orang baik, rezeki akan datang dengan pelbagai cara, tak disangka-sangka. Jangan pertikai layak atau tidak, baru atau lama, terkejut atau tak menyangka, segala omongan ini adalah barah yang selalu didepani terutamanya golongan artis, justeru keterbukaan sosial media hari ini yang sangat menakutkan. Namun, rezeki itu bukan kita yang tentukan, sudah ditakdirkanNya memihak pada @wanyhasrita . Rata-rata sangat ramai yang menerima, justeru @wanyhasrita seorang yang sangat merendah diri, sopan, baik dan inilah sesuatu yang beliau terima daripada sifat yang ditonjolkan selain peminat menyayanginya. Tahniah @wanyhasrita , cari ruang untuk menempatkan diri menjadi yang terbaik dalam karier dan karya pula.

Dapat sokongan Datuk Siti

Wany terharu

Sumber : rozisangdewi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×