Seorang wanita mendakwa telah dipukul oleh kekasihnya sehingga menyebabkan kecederaan dan kesan lebam di bahagian muka serta tubuh.
Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Aniq Suhair Lari’ Dari Tanggungjawab – ‘Aku Akan Post Kronologi, Biar Polis Buat Kerja’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Termakan Dengan Pujuk Rayu Dia’ – Pelakon Didakwa Larikan Diri Selepas Minta Pasangan Gugurkan Kandungan
Mangsa pukul
Wanita yang dikenali sebagai Emylia Marzuki itu mendakwa, setiap kali dia mendapat tahu kekasihnya berlaku curang, lelaki tersebut bertindak mengasari dan mencederakannya.
Menurutnya, dia telah menerima 12 jahitan selain kesan luka yang teruk akibat kecederaan tersebut.
Dakwanya lagi, lelaki itu juga telah menipu orang ramai apabila tidak mengaku bersalah di atas perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan sebelum ini.
Emylia mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di TikTok berserta beberapa foto memaparkan bahagian tubuh dan mukanya yang cedera.
Bukti
Dalam perkongsian sama, Emylia turut memuat naik bukti laporan kesihatan.
Tambahnya lagi, lelaki itu juga didakwa pernah berjanji untuk berubah dan tidak mahu lagi mengasari dirinya, namun hanya ‘cakap kosong’.
Meskipun Emylia tidak mendedahkan mana-mana nama, namun rata-rata wargamaya mendakwa lelaki yang dimaksudkan ialah pelakon, Aniq Suhair.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kenyataan dikeluarkan seorang individu yang mendakwa Aniq telah membuat dirinya hamil.
Walau bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.
Sumber: TikTok