berita

Kekasih Baru Pelakon Kacak Kaki Clubbing?

November 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

829522-001

Semenjak kisah percintaannya yang lalu putus di tengah jalan, pelakon kacak ini nampaknya lebih senang untuk bergerak secara solo.

Namun, baru-baru ini ramai juga wanita di luar sana yang makan hati apabila jejaka ini mengumumkan bahawa dia kini sedang dalam tempoh mengenali hati budi seorang wanita.

Bagaimanapun, ada desas-desus yang kurang enak kami dengar mengenai kekasih hatinya itu. Erm.. khabarnya wanita  itu agak sosial dan memang well-known sebagai pengunjung setia sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Nak dijadikan cerita, menurut sumber-sumber, pelakon ini juga  dikatakan ada melakukan babak mesra bersama kekasihnya itu selepas mengumumkan hubungan mereka kepada media. Mesra macamana tu, kami pun malas lah nak bertanya lanjut.

Cuma, kami harapkan agar berita yang kami dengar ini tidaklah 100% benar. Namun, jika ianya merupakan dakwaan yang berasas, mungkin pelakon itu boleh membimbing kekasihnya kembali ke jalan yang benar gitu. Barulah ada ciri-ciri suami mithali kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×