Bak kata pepatah ‘air dicincang takkan putus’. Itulah diibaratkan dengan perhubungan anak-beranak antara Amy Search dan aktres popular, Nabila Huda.
Pergolakan hubungan kekeluargaan mereka mula berada di kemuncaknya apabila foto-foto mesra Nabila bersama kekasih di luar negara telah menaikkan kemarahan Amy, sekaligus memberi komen yang agak kasar kepada anaknya itu.
Bagaimanapun, berkat daripada kemuliaan bulan Syawal, hubungan Amy dan Nabila dilihat telah kembali pulih. Malah, menerusi laman Instagram Amy, terdapat beberapa keping foto bersama Nabila dimuat naik.
Foto yang dimuat naik oleh Amy Search di Instagramnya
“Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.
Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih.
Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat.”
Menganggap bahawa ada hikmah yang tersembunyi di sebalik pelbagai dugaan ini, Amy turut memberitahu bahawa dia sudah merestui hubungan Nabila dengan jejaka yang enggan didedahkan identitinya itu.
P/S: Yang buruk dijadikan sempadan.
Sumber: Mstar Online
Kredit foto: Instagram Amy Search