berita

Kekasih Merajuk Gara-Gara ‘Usha’ Perempuan Lain, Pengalaman Lucu Seller Layan Customer Budak Sekolah

March 27th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Lumrah sebagai seorang peniaga, pasti terdapat pelbagai ragam pelanggan yang terpaksa dihadapi setiap hari. Kalau jumpa pelanggan yang cerewet memang boleh pening kepala dibuatnya. Oleh itu, kesabaran dan cara komunikasi yang baik sangat penting untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Di Twitter, lelaki ini berkongsi pengalaman kelakar berurusan dengan seorang customer yang baru berusia 15 tahun. Katanya mahu buatkan frame untuk pujuk kekasih. Lawak!

Umur baru 15 tahun

Mendapat lebih 11k retweet, perkongsian lelaki ini mengenai ragam salah seorang pelanggannya yang baru berusia 15 tahun membuatkan netizen terhibur. Mana taknya, baru Tingkatan 3 sudah pandai bercinta siap ada ‘effort’ lagi! Paling melucukan, pelanggan tersebut meminta diberi diskaun harga pelajar.

‘Saya 15 bang, gf saya 14’

Gf merajuk ‘usha’ perempuan lain

Siap kantoi ‘usha’ perempuan lain lagi, memang dahsyat betul la adik ini kan? Tergelak besar admin baca. Agak-agak dapat tak dia pujuk kekasih dengan frame gambar sweet tu?

Sumber : Amyafiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×