berita

Kekasih Setia Di Sisi, Rebecca Klopper Serah Kes Video Lucah Kepada Polis

June 7th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas hampir tiga minggu mendiamkan diri, pelakon berumur 22 tahun tampil membuka mulut kepada media mengenai penularan video lucah.

Artikel Berkaitan: Video Lucah Tersebar, Pelakon Umur 22 Tahun Sedang Asyik Bercuti Dengan Kekasih Di Bali

Serah kes kepada polis

Ketika majlis sidang media yang diadakan semalam (Selasa), Rebecca Klopper memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kekecohan yang berlaku berhubung video aib itu.

Aktres itu turut membuat permohonan maaf  kepada keluarga teman lelakinya, Fadly Faisal yang turut terkena tempias.

Dalam hal ini, saya Rebecca Klopper memohon maaf kepada masyarakat Indonesia atas berita terbabit. Ini termasuk Fadly Faisal dan keluarganya yang turut menjadi sasaran.

Selain itu, pelakon filem LDR: Love Distance Relationshi turut mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan. Rebecca mengaku telah membuat laporan polis pada 22 Mei lali.

Saya telah melaporkan masalah ini kepada polis di Balai Polis Bareskrim Polri pada hari Isnin 22 Mei 2023. Saya serahkan perkara ini kepada polis.

Dalam masa sama, Rebecca memohon doa agar sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang menimpa dirinya.

Saya mohon doa daripada semua pihak agar sentiasa diberi kekuatan di atas masalah yang saya hadapi.

Terdahulu, viral video berdurasi 47 saat yang menunjukkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil dengan pakaiannya dibuka. Selain itu, ada kelibat seorang lelaki juga yang dilihat sedang merakam wajah wanita yang didakwa Rebecca atau lebih mesra disapa Becca.

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×