berita

‘Kelakuan Netizen Maki Hamun, Cemuh & Doa ‘Sajat’ Masuk Neraka Sangat Keterlaluan’- Ustaz Kazim

March 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, model terkenal iaitu Alicia Amin didakwa tidak bersetuju dengan pendapat netizen yang mahukan hukuman bunuh terhadap mana-mana individu yang ingin murtad. Di samping itu, dia turut bersuara untuk melindungi Sajat selepas usahawan tersebut mencetuskan kontroversi berhubung ingin murtad baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Leave Sajat Alone’ – Alicia Amin Pertahan Sajat

Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Tak Nak Jadi Orang Islam’ – Sajat

Terbaru, menerusi laporan Kosmo, Ustaz Kazim Elias memberi nasihat kepada masyarakat agar tidak menghukum dengan kata-kata yang kesat dan berbaur kecaman terhadap usahawan tersebut.

Sangat keterlaluan

Menurut pendakwah terkenal iaitu Ustaz Kazim, kelakuan netizen seperti memaki hamun, mencemuh termasuk mendoakan masuk neraka sangatlah keterlaluan. Tambah beliau, sebagai orang Islam yang bersaudara hendaklah perlu ada perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain dengan mendoakan yang baik-baik agar usahawan tersebut diberikan hidayah suatu hari nanti.

Bukanlah hak kita untuk menghukum orang kerana kita adalah dai (pendakwah) yang mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan dakwah. Tegurlah dia dengan berhikmah kerana kita juga tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti, hendaknya kita juga diberikan hidayah.

Lebih baik warga maya menggunakan saluran media sosial untuk perkara yang baik. Jangan pula nanti pihak-pihak lain menuduh Islam sebagai agama ganas dan tiada toleransi disebabkan tindakan sebegini.

Pada masa yang sama, Ustaz Kazim turut menasihatkan Sajat agar menghadapi kenyataan dengan hati yang terbuka. Ujar beliau lagi, usahawan itu perlu kembali kepada fitrah dirinya yang sebenar sebagai seorang lelaki bukan wanita atau khunsa. Malah, dia perlu bertaubat sementara masih ada kesempatan lagi.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×