berita

Kelly Azman Nafi Bermasam Muka Dengan Ifa Raziah – ‘Hubungan Kami Masih Baik’

April 6th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Kelly Azman

Selebriti versatil, Kelly Azman menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bermasam muka dengan usahawan dan selebiriti, Datuk Ifa Raziah.

Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Beri Bayangan Pekerja Dipecat Seorang Pengacara? – ‘Dia Kata Mahu Cari Duit Lebih, Saya Lepaskan Cara Baik’

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Cuba Jatuhkan Saya’ – Ifa Raziah Pecat 2 Pekerja Tidak Amanah & Penipu

Nafi bermasam muka

Kelly Azman

Tampil menjawab dakwaan itu, Kelly menafikan khabar angin berkenaan dan berpendapat ia timbul hanya kerana dirinya tidak lagi mengacarakan festival raya yang dianjurkan oleh penyanyi tersebut iaitu Starvendors Mega Raya Festival pada tahun ini.

Kata Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, selain menyanyi dia mencari rezeki sebagai pengacara secara ‘freelance’ dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Ifa.

Cerita begini, saya ada dapat tawaran sebagai pengacara untuk beberapa festival raya. Jadi rasanya tak salah kalau saya nak cari satu kelainan untuk tahun ini.

Saya masih boleh bekerjasama dengan pihak sana (Ifa), kita tak ada apa-apa masalah. Sebab bagi saya, kita datang dengan cara baik jadi biarlah kita pergi pun dengan cara baik. Tak ada gaduh.

Kalau soal bayaran, ‘rate card’ kita sama sahaja walau di acara mana-mana pun. Jadi isu itu tidak timbul pun. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh bekerjasama lagi.

Kelly berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Raya 2024 bersama artis Rusa Music dan MVM Production di Geno Hotel, Subang Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kelly menegaskan hubungannya dengan Ifa masih dalam keadaan baik.

Bila orang panggil bagi kerja, saya pergilah kalau tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain.

Saya rasa Ifa pun lebih faham memandangkan dia seorang selebriti. Untuk saya, kalau sudah ada peluang rezeki tak kan lah kita nak tolak.

Apa pun, memang tiada isu. Cuma saya nak angin baru sahaja. Hubungan saya dengan Ifa masih baik lagi.

SKIP THIS AD ×