Selebriti versatil, Kelly Azman menafikan dirinya sengaja merosakkan karya penyanyi lain susulan tindakannya menyanyikan semula atau ‘cover’ beberapa lagu penyanyi tempatan.
Artikel Berkaitan: Ani Mayuni Syukur Hubungan Dengan Penyanyi Dangdut Kembali Jernih – ‘Hanya Salah Faham, Terlalu Dengar Cakap Orang’
Artikel Berkaitan: Kelly Azman Tak Mahu Netizen Pertikai Tentang Aurat, Kongsi Video Bersenam Untuk Tujuan Kesihatan
Tidak calarkan lagu
Menyangkal dakwaan tersebut, Kelly atau nama lengkap Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, sebagai penghibur, tidak salah untuknya menggunakan platform yang ada untuk berkarya.
Kongsi Kelly, secara tidak langsung, dia telah membantu mempromosikan karya penyanyi tanah air.
Saya cover lagu beberapa artis tempatan kerana saya merasakan lagu itu menjadi siulan. Saya hanya merancakkan lagu tersebut. Menyanyi memang minat saya.
Jadi inilah cara untuk saya ke depan dengan cara menyanyikan semula lagu penyanyi yang sedang viral.
Saya tidak mencalarkan lagu tersebut, kenapa netizen kata saya merosakkan? Adakah sebab suara saya tak sedap?
Saya mengakui saya bukan penyanyi, saya adalah penghibur. Saya hanya cover dan parodi sahaja lagu penyanyi artis Malaysia.
Kelly berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘review’ ramadan buffet Selera Bonda yang berlangsung di St.Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ada 14 cover lagi
Tidak berasa serik meskipun menerima kecaman bertalu-talu, Kelly memberitahu ada banyak lagi ‘cover’ bakal diluncurkan sepanjang 2025.
Saya tak serik, tahun 2025 ada 14 buah lagu yang sudah masuk dalam senarai untuk saya cover. Sebulan dua buah lagu.
Setiap anak seni ada cara mereka berkarya, kalau saya sebagai penghibur inilah cara saya berkarya. Ini juga sumber pendapatan saya.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘No No No’ ini turut mendedahkan kos sebuah video klip mencecah RM5,000.
Anggaran satu video klip, saya berhabis RM5,000. Kos ditanggung sendiri oleh saya. Ini ada usaha saya sendiri. Saya juga mempromosikan lagu-lagu penyanyi tempatan.
Dalam perkembangan lain, Kelly bakal bergandingan dengan penyanyi Ani Mayuni untuk menghiburkan tetamu yang hadir berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di hotel tersebut.
Selera Bonda buffet dinner menawarkan harga berpatutan iaitu untuk dewasa RM118 dan kanak-kanak, RM 59.
Bagi ‘early bird’, anda akan ditawarkan harga RM85 jika membuat tempahan sebelum 4 Mac. Untuk menempah, sila hubungi 012-4008691 (Anis).