berita

Keluar Beli Ubat, Budak 11 Tahun Menangis Balik Rumah Lepas Diraba, Dicium Lelaki Bertopi Merah Dalam Lif

November 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berdepan detik cemas apabila dia dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika menaiki lif di kediamannya di Putrajaya.

Gangguan seksual dalam lif?

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu NarshAli mendakwa mangsa yang merupakan anak saudara rakannya dikatakan telah diraba dan dicium ketika menaiki lif bersama pelaku. Difahamkan, kanak-kanak terbabit telah keluar ke kedai membeli ubat untuk ahli keluarganya yang demam panas sebelum dia terserempak dengan pelaku di bahagian luar lif.

Menerusi perbualan di WhatsApp, pelaku dikatakan mengekori kanak-kanak terbabit dari kedai lagi sehinggalah ke lif. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menaiki lif namun siapa sangka mangsa dipercayai diserang secara seksual oleh lelaki terbabit. Dakwa salah seorang pekerja di kawasan kediaman itu, pelaku kemudian melarikan diri menaiki kereta.

Bapa mangsa dan polis tengah nak kutip budak ni. Dia pun duduk pinggiran. Diorang nak verify betul dia atau pelanduk dua serupa. Tapi ramai yang cam budak ni. Kita tunggu update ye guys.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak bermoral lelaki berkenaan. Mereka berharap agar pelaku akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Perbualan WhatsApp

Sumber: Twitter NarshAli

SKIP THIS AD ×