Walaupun sudah bercerai namun pengacara Yasmin Hani dan bekas suami, Sha’arin Mohamed Razali masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak-anak.
Artikel Berkaitan: Tak Serik Untuk Kembali Bergelar Isteri, Yasmin Hani & Alif Hadi Sedang Berkenalan – ‘Saya Hanya Mahu Berasa Gembira ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tinggal Sebumbung Dengan Alif Hadi, Yasmin Hani Anggap Kolot Pemikiran – ‘Mak Saya Nak Campak Mana?’
Keluar dengan bekas suami
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Yasmin berkongsi momen ketika keluar makan bersama Sha’arin dan kedua anak mereka, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6 di sebuah restoran.
Dalam rakaman itu, Yasmin yang memakai ‘overall dress’ berwarna merah serta t-shirt putih kelihatan gembira meluangkan masa bersama keluarga kecil.
Tak salah berbaik
Semestinya, di ruangan komen rata-rata warganet memuji sikap profesional Yasmin dan Sha’arin yang masih berkawan selain meletakkan anak-anak sebagai keutamaan.
Selain itu, ada juga segelintir peminat yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh yang perlu diikuti terutama untuk ibu bapa yang berpisah.
Terdahulu, Yasmin bernikah dengan bekas pemain dram Blackrose pada tahun 2011 namun bercerai pada tahun 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
Sumber: Instagram @yasminhani