berita

Keluar Dengan Kenalan Omi, Remaja 17 Tahun Dakwa Dikurung & Dirogol Beberapa Lelaki

February 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa beberapa lelaki selepas keluar dengan seorang individu iaitu Hazeq yang dikenali menerusi aplikasi Omi pada Disember tahun lalu.

Remaja dakwa dirogol kenalan Omi

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kejadian tersebut dipercayai berpunca selepas suspek memujuk rayu mangsa dengan menawarkannya bekerja di sebuah kedai runcit. Mangsa yang terpedaya dengan pujukan tersebut akhirnya bersetuju untuk mengikut suspek. Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah.

Kemudian pada 4 Februari lalu, Hazeq bersama seorang rakan mengambil mangsa yang turut membawa adiknya untuk melihat sebuah kedai runcit di Gurun milik kawannya bernama Sha yang dikatakan memerlukan pekerja.

Mangsa seterusnya mengikuti lelaki itu bersiar-siar lebih sejam di Gurun sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bedong dekat sini.

Menerusi laporan yang dibuat, mangsa mendakwa telah dikurung di dalam sebuah bilik yang berkunci bersama adiknya. Mereka juga tidak diberi makan dan minum selama sehari.

Mangsa hanya diberikan makanan pada hari kedua dan selepas menjamah makanan itu mangsa tidak sedarkan diri sebelum menyedari diri dalam keadaan bogel dan dirogol.

Dakwa mangsa, semasa dikurung dia terdengar perbualan Hazeeq dan rakan-rakannya yang mahu menjualnya di Pulau Pinang.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×