berita

Keluar Mahkamah Syariah Sambil Pegang Fail, Netizen Tanya Siapa Driver Isteri Shuk Sahar? – ‘Sera Berhak Bahagia’

March 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, sejak kebelakangan ini penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing dan lebih bergaya.

Serra keluar dari pejabat agama?

Terbaru, Rossa ada memuat naik video memaparkan dirinya baru sahaja keluar dari sebuah bangunan yang dipercayai merupakan mahkamah syariah. Menerusi video pendek berlatar belakangkan lagu ‘Bertahan Terluka’ oleh Fabio Asher, kelihatan Serra yang mengenakan jubah berwarna hitam menuruni anak tangga menuju masuk ke sebuah kereta sambil di tangannya memegang sekeping fail.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah identiti si pemandu yang menjemput Sera. Ada di antara mereka mendakwa individu tersebut kelihatan seperti Shuk Sahar namun sehingga kini tiada imej yang jelas menguatkan dakwaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen masih tertanya-tanya mengenai status hubungan Serra bersama Shuk Sahar. Malah tidak kurang ada di antara mereka berharap agar Sera diberi kekuatan bagi menempuhi dugaan hidup selain diberi ketabahan dalam membesarkan anak-anak dan mengecapi kebahagiaan dalam hidup. Mereka juga mendakwa menghormati segala keputusan yang dibuat Sera.

Terdahulu, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Sebelum ini, Sera mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Video

Komen netizen

Sumber: Rossa Sera

SKIP THIS AD ×