Penyanyi, Aufahanie tidak pasti sama ada kematian abangnya, Nidza Afham berkaitan dengan unsur jenayah.
Artikel Berkaitan: Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Keluarga akan bincang
Ketika ditemui OhBulan!, Aufahanie yang mesra disapa Aufa berkata, sehingga kini ahli keluarganya belum membuat keputusan mengenai proses bedah siasat ke atas jenazah arwah abangnya itu.
Keluarga akan berbincang sama ada untuk meneruskan bedah siasat sekiranya ada unsur jenayah.
Kesian kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat.
Aufahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada malam Rabu.
Ketika ditanya mengenai keperibadian Nidza, pelantun lagu ‘Geming Jiwa’ ini memaklumkan arwah abangnya itu merupakan seorang anak dan abang yang sangat baik.
Selepas ibu bapa berpisah, abang tinggal dengan ibu dan dialah yang menjaga ibu sehingga akhir hayat. Dalam tujuh beradik dialah yang paling baik.
Tidak nampak sebarang tanda dia akan pergi buat selamanya.
Terdahulu, Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.