Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor dilihat semakin memburuk apabila seramai 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam semalam. Malah beberapa jalan raya juga terpaksa ditutup akibat tanah runtuh dan dinaiki air.
Artikel Berkaitan : ‘Kereta Dijumpai Tapi Mangsa Tiada..’ – Dibawa Arus Deras, Suami Selamatkan Isteri Terkunci Dalam Kereta
Di facebook, seorang individu kongsi pengalaman redah banjir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung halaman. Dalam perjalanan itu, dia sempat menyelamatkan seorang wanita yang kehilangan suami yang dipercayai dibawa arus air. Aduh seramnya.
Ingatkan banjir biasa
Jep dari Mersing setelah selesai uruskan urusan mak mertua, Jep dan wifer bertolak pulang ke Tangkak dalam keadaan hujan tak berhenti. Ada sebuah kereta Waja saing-saing dengan Jep dan beberapa kereta lain berhenti tepi melihat keadaan air. Spot pertama lepas itu pun air nampak tenang tapi deras di dasar.
Sampai spot banjir ketiga. kereta depan berhenti lebih kurang 5 buah kereta, Jep turun dan tanya kereta depan sekali boleh lalu atau tak. Bagitau 2 biji lori dan sebuah kereta waja yang saing-saing Jep tadi lalu spot tu tapi malangnye Waja tu dihanyutkn air.
Menurut Jep, pada awalnya dia menyangkakan keadaan banjir biasa namun tidak sangka seteruk ini sehingga orang kampung menasihatkan dia agar berpatah balik. Namun dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kerana fikir keadaan banjir akan surut. Namun, tiba di tempat banjir ketiga, keadaan semakin teruk sehingga menyebabkan ada kereta dihanyutkan air.
Wanita berpaut pada pagar kebun
Sedang berbual dengan orang tu tadi, dengar suara perempuan menjerit meminta bantuan. Jep redah banjir tu jalan kaki (isteri dan anak tunggu dalam kereta) sampai hampir cecah pinggang air memang nampak tenang tapi deras kat kaki. Cari suara itu, Allahuakbar! Ada sorang wanita sedang berpegang pada pagar kebun sayur meminta bantuan untuk selamatkan suaminya.
Jep cuba mencari suaminya namun tidak kelihatan. Dia beranggapan suami wanita tersebut mungkin dihanyutkan air di dalam kereta. Dia cuba tenangkan mangsa sambil cuba membantu pihak berkuasa.
Orang awam yang lain berada di kereta masing telefon bomba, polis semua tapi apakan daya semua jalan dinaiki air. Bantuan tak sampai. Sambil menemani mangsa untuk kuatkan semngt die, mangsa bagitau die mengandung.
Ya Allah..dah tak tentu arah. Call abang ipar di Mersing Apis Apis( brother towing) minta die call kawan rapat di Kahang untuk menghulurkan bantuan. Saya masih disitu risau mangsa hilang semangat.
Tak lama selepas itu, bantuan kampung tiba bersama pelampung untuk menyelamatkan mangsa. Walau bagaimanapun, suami wanita itu masih belum ditemui. Sejurus itu, dia membawa mangsa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Orang kampung bantu mangsa
Selesai disitu saya bawa mangsa ke balai untuk buat laporan. Kebetulan saiz badan mangsa sama ngan wife, so wife bagi lah baju die untuk persalinan. Dijadikan cerita, perjalanan kebalai dah naik rupanya. Jalan tadi tiada air, dah ada air naik. Deras pulak itu. Sedang harung banjir, boleh pulak kereta depan mati.
Allahuakbar saya dalam kereta bersama wife dan anak kecil hanya mampu berserah kepada Allah. Kereta hampir mati, air dah masuk dalam kereta, air sudah paras lampu kereta. Deras sangat, sebelah kanan kami sungai besar. Memang sangat mendebarkan masa ini. Alhamdullilah kami lepas, bersyukur teramat sngt masa tu.
Selepas redah air deras, Jep terus ke balai untuk bantu mangsa. Di balai ada orang kampung yang menawarkan bantuan tempat tinggal kepada mangsa sehingga suaminya dijumpai. Selepas menyerahkan mangsa ke balai polis, dia mengambil keputusan untuk patah balik pulang ke Mersing memandangkan bimbang keadaan semakin teruk. Tambahan, dia bersama isteri dan anak kecil yang baru 5 bulan.
Alhamdullilah saya selamat sampai di rumah mertua pukul 3 pagi. Disini saya ingin meminta bantuan semua warga FB mendoakAn agar suami mangsa dijumpai ya, dipermudahkan urusan. Disini juga saya menasihatkn diri sendiri dan semua yang berada di kawasan banjir supaya berhati-hati, bermacam pengalaman saya dapat semalam.
Sumber : Jaffre Jamal