Rasanya memang ramai dah sedia maklum ( mungkin juga makan hati ) bila pelakon macho, Sharnaaz Ahmad muat naik foto bersama wanita cantik baru-baru ni kan.
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Tayang Girlfriend Baru? Cun Weyhh!
Siapa cakap tak cantik, memang rabunlah orang tu sebabnya Anis Al-Idrus tu merupakan seorang model dan juga merupakan pendatang baru dalam industri hiburan tanah air.
Tapi mesti ada sesuatu yang special mengenai gadis ni sehingga mampu menjadi antara insan yang paling rapat dengan Sharnaaz kan? Apa agaknya ya?
Foto bersama Anis Al- Idrus di majlis sambutan hari lahir Sharnaaz yang lalu
“Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila ‘berkomplot’ membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilingnya.”
Malah, Sharnaaz juga memberitahu bahawa Anis merupakan seorang wanita yanga lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.
Bagaimanapun, menerusi laporan mStar Online, Sharnaaz enggan memberi komen lebih mengenai status sebenar perhubungannya dengan Anis buat masa ini. Yelah, mungkin Sharnaaz mengambil iktibar daripada peristiwa cintanya yang lalu.
Mula mengenali Anis sejak 2 tahun yang lalu, Sharnaaz kini mahu memberi peluang kepada gadis itu untuk melebarkan sayap dalam dunia lakonan terlebih dahulu.
“Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.”
Betul juga kata Sharnaaz tu. Lebih baik go with the flow dan mengenali hati budi masing-masing dahulu. Yelah, masing-masing pun masih muda kan?
Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad