berita

Keluarga Tak Tahu Diri Hamil, Remaja 15 Tahun Tikam Bayi Sendiri Hingga Mati Selepas Melahirkan

February 9th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu pada pagi Selasa lalu.

Tikam bayi baru lahir

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Free Malaysia Today, ketika kejadian, suspek yang berusia 15 tahun itu bersendirian di rumah dan telah meminta pertolongan rakannya untuk menghubungi pegawai kesihatan berhubung kelahiran tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan, setibanya pegawai kesihatan di lokasi kejadian, mereka mendapati bayi yang cukup sifat itu sudah tidak bernyawa.

Bagaimanapun, petugas kesihatan mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada dada yang dipercayai ditikam.

Berikutan daripada laporan yang diterima, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Suspek adalah mangsa rogol

Sekadar gambar hiasan

Hasil daripada siasatan awal mendapati, suspek yang keciciran pelajaran sejak tiga tahun lalu itu belum berkahwin dan dipercayai menjadi mangsa rogol. Sementara itu, ahli keluarga suspek mendakwa sangat terkejut apabila mengetahui remaja itu hamil sehingga melahirkan bayi kerana sudah lama tidak berjumpanya.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut termasuk mengesan kecederaan lain pada anggota badan. Pihak polis memaklumkan mereka sudah mengenal pasti lelaki yang menyebabkan remaja itu mengandung hingga melahirkan anak dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×