berita

Keluarga Tunai Permintaan Terakhir Nenek Nak Tengok Lelaki Menari Seksi

August 1st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Tunai Permintaan Terakhir Nenek

Seorang penari lelaki yang berasal dari New York, Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya melakukan persembahan buat seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit kanser.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Momen Bapa Tunaikan Hajat Anak Hidap Kanser Mandi Kolam, Undang Sebak Netizen

Keluarga tunai permintaan terakhir

Memetik laporan Daily Star, seorang lelaki yang dikenali sebagai Max Martin, 26, memaklumkan dia diupah keluarga wanita itu yang mahu menunaikan permintaan terakhirnya.

Difahamkan, wanita yang berusia 80 tahun itu mahu melihat seorang penari lelaki menari seksi di hadapannya sebelum menutup mata.

Pada awalnya sukar untuk saya menerima permintaan itu kerana ibu saya baru saja meninggal dunia pada enam yang bulan akibat kanser.

Ketika buat persembahan, saya lihat semua ahli keluarganya berpelukan dan ketawa antara satu sama lain. Mereka begitu gembira meraikan hari lahir nenek mereka serta Krismas.

Ketika itu saya baru sedar, ini mungkin Krismas terakhir nenek mereka. Jadi saya terus bersemangat untuk hiburkan mereka semua.

Tambah Max lagi, dia berasa sangat terharu melihat warga emas itu yang begitu terhibur dengan persembahannya pada waktu itu.

Wanita itu berkata bahawa ia merupakan salah satu hadiah hari jadi yang terbaik buatnya. Saya begitu gembira melihat mereka sekeluarga begitu menikmati persembahan saya.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×