Gara-gara tidak tahan diseksa dan menjadi mangsa kekejaman rumah tangga selama lapan tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Mandeep Kaur, 30 bertindak menghabiskan nyawanya sendiri.
Dikurung selama lima hari
Menerusi laporan Mirror, Mandeep berasal dari India dan menetap di New York bersama suami dan dua anak perempuannya yang berusia empat dan enam tahun. Suami Mandeep dilaporkan seorang yang ‘kaki pukul’. Pada suatu hari, Mandeep pernah dikurung oleh suaminya dalam kontena selama lima hari. Geram dengan perbuatan tersebut, ayah Mandeep iaitu Jaspal Singh bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap menantunya.
Menerusi sebuah rakaman video viral, Mandeep kelihatan menangis teresak-esak sambil berkata, sudah lapan tahun dia menjadi mangsa kejam suami sendiri.
Saya mencuba yang terbaik. Saya dipukul setiap hari tanpa sebab. Saya fikir dia akan bertambah baik suatu hari nanti. Tetapi tidak, dia memukul saya selama lapan tahun dan mempunyai hubungan luar nikah. Kami tinggal di sana (di India) selama dua setengah tahun pertama, dan itu adalah neraka.
Jaspal menghubungi polis mengenai penderaan melampau yang dilakukan menantunya, tetapi Mandeep berjaya mengubah fikirannya selepas suaminya merayu untuk menyelamatkan dia.
Saya perlu pergi sekarang
There are collosal problems in our family & social structure which we conveniently ignore or deny to accept. #DomesticViolence against women is one such serious problem. Suicide by Mandeep Kaur a NRI Punjabi woman is a wake up call to accept the problem and fix it accordingly. pic.twitter.com/F8WpkiLCZY
— Gurshamshir Singh (@gurshamshir) August 5, 2022
Di akhir video berkenaan, Mandeep telah meninggalkan satu nota iaitu ‘kamu semua berkumpul dan membuatkan saya tidak berdaya. Saya perlu meninggalkan anak-anak saya dan pergi sekarang’. Mandeep ditemui mati di New York selepas disyaki menghabiskan nyawanya sendiri pada 3 Ogos lalu. Sebagai bapa, Jaspal memberitahu perkahwinan anak perempuannya diselangi kesakitan, penyeksaan dan trauma. Oleh itu, anaknya telah putus harapan dan keseorangan semasa detik terakhirnya.
Tiada sesiapa di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Tahap ketidakberdayaan, yang kita hadapi, sukar untuk ditentukan. Saya tidak mahu orang lain mengalami keadaan yang sama, justeru kami mengambil tindakan terhadap keluarga suami untuk menuntut kembali dowri.
Bercerita semula bagaimana detik tragis anaknya bermula, Jaspal berkata ianya bermula sejak lapan tahun lalu.
Pada 2014, anak perempuan saya berkahwin dengan lelaki itu, menganggap ia adalah perkahwinan yang paling sesuai. Dia seorang pemandu trak di New York. Sejurus selepas perkahwinan, mentua mula menuntut mas kahwin. Mereka sering meminta anak perempuan saya wang tunai 25 lakh (RM11.2 juta) dan sebuah kereta mewah. Apabila dia enggan, mereka sering menyeksanya dan menyampaikan permintaan mereka kepada kami.
Sumber: Mirror