Sejak minggu lalu, desas desus mengenai pernikahan Neelofa dengan Haris semakin menjadi tanda tanya orang ramai. Bukan sahaja itu, malah Neelofa sendiri memuat naik foto meminta agar orang ramai permudahkan urusan beliau.
Artikel berkaitan: Betul Ke Neelofa, PU Riz Nikah Hujung Minggu Ini?
Artikel Berkaitan :‘Mudahkanlah Bagiku Urusanku’ – Neelofa Beri ‘Hint’ Bakal Nikah Hujung Minggu Ini?
Terbaru, sekali lagi Instagram Stories, Noor Kartini undang perhatian ramai apabila dilihat seperti sedang memasak untuk satu majlis. Mungkinkah majlis nikah Neelofa?
Inai jari persis raja sehari?
Bukan itu sahaja, jari Neelofa turut kelihatan sudah merah berinai. Perkara tersebut dapat dilihat secara jelas dalam satu perkongsian Instagram Story miliknya yang sedang mempromosikan satu produk jenamanya.
Walaupun sebelum ini Neelofa memang seorang yang suka memakai inai, namun kali ini agak berbeza apabila inai pada jari tangan kirinya persis raja sehari memandangkan ianya diwarnakan penuh.
Hari ini pajeri nenas lagi. Kalau ada pajeri nenas, maknanya kita ada masak istimewa.
Menurut Noor Kartini, kebiasaannya masakan pajeri nenas merupakan masakan istimewa di rumahnya. Dalam video tersebut jelas dia sedang bercakap bersama pembantu rumahnya yang turut sama membuat persiapan masakan tersebut. Malah ibu kepada Neelofa itu turut menyuruh pembantu rumah itu mengambil periuk-periuk seperti seolah-olah memberi gambaran ada majlis pada malam ini.
Masih kunci mulut
Sehingga kini, Neelofa mahupun tunangnya, Haris Ismail serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih mengunci mulut tentang perkara tersebut. Hasil pemerhatian kami menerusi Instagram keluarga Neelofa, masing-masing sedang sibuk membeli busana Abaya sejak dua tiga hari lalu. Adakah betul Neelofa bakal bernikah malam ini?
Sumber : Noor Kartini