Umum mengetahui, pelakon Beto Kusyairy cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya ketika konvoi terbabit kemalangan di Kilometer 349 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, baru-baru ini. Menurut rakan pelakonnya, Zahiril Adzim, Beto tidak mengalami kecederaan yang serius semasa kemalangan tersebut berlaku.
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Isu Fasha Sandha Cedera Undang Fitnah?
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani
Sahabat yang pertama hulur tangan
Di Instagram, pelakon Azhan Rani turut menzahirkan rasa syukur sebaik sahaja mengetahui keadaan terkini sahabat baiknya itu.
Bila tak nak mendoakan yang baik berdiam diri pun dah cukup membantu. Dulu dua ketul sahabat inilah yang pertama hulur tangan menguruskan sakit pening aku dari mula hari kemalangan sampai aku boleh angkat tangan sendiri semula. Hari ini hari dia pula. Allah uji. Ramai yang mendoakan kesejahteraan dia tapi ada juga yang menjadikan musibah ini bahan sindiran dan hentaman melulu menyalahkan sahabat aku ni.
Menurut Azhan, apa yang berlaku terhadap Beto merupakan suatu musibah yang tidak boleh diramalkan. Oleh sebab itu, dia tidak mahu berdebat dengan segelintir individu yang menyindir, menyalahkan dan menghentam sahabatnya itu secara melulu.
Aku tak nak berdebat dekat sini, yang lebih utama sekarang ni Allah dah selamatkan sahabat aku. Tapi kemalangan ni macam apa yang aku tempuh dulu. Kemalangan yang datang dari kecuaian orang lain. Ye itu aku dah tempuh. Aku tanggung dua besi seumur hidup dengan 26 skru kat bahu ni atas kecuaian orang lain.
Orang yang tak ada lesen motor dan roadtax, bawa melulu dan sekarang sibuk nak claim atas insurance aku pulak. aku tak cerita semua ni sebab aku cuma perlu jelaskan ni pada pihak berkuasa. polis atau mahkamah saja. Cerita benda ni pada umum hanya akan timbulkan debat. Unless aku nak popular je la dengan isu ni.
Tambah Azhan, apa yang dilalui oleh Beto sekarang ini pernah dilalui olehnya sebelum ini.
Selain doa dan semangat, turut sama naik caci maki, tuduhan, hentam menghentam di sana sini sosial media. Dua hari dah sejak kemalangan ni aku temankan dia berulang alik ke hospital Ipoh. Sahabat rider dia masih bertarung nyawa di ICU sana. dalam sakit dan bisa badan dia tetap nak ulang alik ke Ipoh ziarah sahabat dia dan beri semangat pada kaum keluarga sahabat dia kat sana.
Banyak hati yang kena dijaga. Kes ni dah diserahkan pada pihak polis. Dipihak 1 lagi pun sekarang ni masih parah dan dalam rawatan. Jadi mohon empati semua berilah ruang pada sahabat aku ni fokus apa yang lebih penting sekarang ni. Tiada siapa yang mahu kemalangan. Sebolehnya bila benda macam ni jadi memang kami pilih diam.
Sumber: Azhan Rani