Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan polis selepas disyaki mencabul cucu perempuannya dalam satu kejadian di Indonesia.
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Hamil 8 Bulan Dirogol Abang Ipar Lepas Balik Sekolah, Dibayar RM5 Supaya ‘Kunci Mulut’
Artikel Berkaitan: Baru Sehari Bermalam Di Rumah, Lelaki Mengaku Terlanjur Dengan Kawan Isteri – ‘Dia Janda & Saya Mangsa Keadaan’
Datuk cabul cucu
Memetik laporan Metro TV News, perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 2 tahun itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan kepada ibunya.
Pada awalnya, si ibu tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah keesokan harinya, mangsa sekali lagi mengadu sakit selepas pulang dari rumah datuknya.
Apabila ditanya siapakah yang membuatkan sehingga dia mengalami kesakitan seperti itu, mangsa menyebut ‘datuk’.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat namun ketika soal siasat, suspek menafikan dakwaan tersebut. Namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dengan mengenalpasti beberapa saksi untuk membantu siasatan kes.
Sumber: Metro TV News