berita

Kematian Jururawat Di Pulau Pinang Bukan Sebab Vaksin Covid-19

March 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Isu kematian seorang jururawat yang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang telah menjadi bualan hangat netizen selepas ada dakwaan mengatakan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin Covid-19 yang diambilnya sebelum ini.

Terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan satu kenyataan media menafikan isu yang viral itu.

Keadaan stabil lepas vaksin

Foto: Kompass

Menurut sumber, jururawat terbabit dipercayai telah mengambil suntikan vaksin Covid-19 (Comirnaty) pada 12 Mac 2021 yang lalu. Pihak bertanggungjawab juga mendapati tiada sebarang kontraindikasi yang berlaku dan individu terbabit berada dalam keadaan stabil. Malah selepas divaksinasi, individu tersebut hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan sahaja. Dia kemudian telah bekerja seperti biasa di hospital berkenaan.

Namun begitu, beliau yang sememangnya mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronik telah mengadu kepada suami beliau tidak selesa bernafas pada 16 mac 2021 tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan atau melaporkannya kepada Pusat Pemberi Vaksin (PPV).

Isteri tak sedarkan diri

Sekadar gambar hiasan

Namun, pada keesokan harinya, si suami mendapati isterinya sudah tidak sedarkan diri dan membawanya ke Hospital Abdul Halim, Sungai Petani sebelum disahkan meninggal dunia. Arwah dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung.

Hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian adalah disebabkan serangan jantung dan tiada tanda-tanda anafilaksis atau reaksi alergi. Oleh itu, kematian ini tidak berkaita dengan vaksinasi.

Sementara itu, mereka menyeru kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat yang tidak sahih yang secara tidak langsung memberikan tanggapan buruk berkaitan vaksin Covid-19.

Kenyataan media

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

SKIP THIS AD ×