berita

Kembali Bekerja Dalam Norma Baru, Ini 5 Langkah Untuk Pastikan Persekitaran Korang Bebas Kuman!

June 30th, 2020 | by Nurul
Kini Trending
life and work in the era of the new normal

Kredit: truedigitalpark

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, kebanyakan daripada kita dah pun mula bekerja dan perlahan-perlahan menyesuaikan diri untuk hidup dalam norma baharu. Memang agak mencabar bila kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Nah, kami kongsikan beberapa tips praktikal untuk membantu korang memastikan persekitaran korang bebas daripada kuman agar tiada rasa ragu-ragu lagi untuk kembali bekerja!

Sanitasi bahagian-bahagian kereta yang kerap disentuh!

BMW of Dayton - Cleaning You Car to Prevent the Spread of COVID-19

Kredit: BMW of Dayton

Kalau korang nak tahu, virus COVID-19 mampu bertahan selama dua hingga tiga hari pada plastik dan keluli tahan karat serta beberapa jam di permukaan udara. Jadi, sebelum menaiki kereta, pastikan korang ambil langkah berjaga-jaga dengan sanitasi pemegang pintu, stereng, konsol tengah, tombol gear, tuil signal dan bahagian-bahagian kereta yang sering disentuh. Oh ya, kunci kereta jangan lupa!

Pastikan korang lap bahagian-bahagian ini dua kali sehari ataupun nak lagi mudah, korang gunakan saja Clorox Disinfecting Wipes yang mampu membasmi sehingga 99.9% kuman. Korang hanya perlu lap permukaan untuk menyah kuman, pastikan permukaan basah selama empat minit, biarkan permukaan kering dan siap diinfeksi!

Basuh semua kain lap kereta!

May 8: Nissan unveils car paint that repels dirt - 680 NEWS

Kredit: 680 News

Sama ada kain lap kereta atau kain buruk yang disimpan dalam kereta, semuanya terdedah kepada kuman. Mesti ramai yang terlepas pandang dan jarang atau tak pernah langsung basuh kain-kain ni semua kan? Haa..seelok-eloknya, basuh kain-kain tersebut setiap kali lepas penggunaan.

Untuk cucian yang lebih bersih, korang boleh gunakan cecair peluntur Clorox Bleach Original yang terbukti berkesan dalam membasmi kuman. Hanya campurkan 1 cawan (250ml) Clorox Bleach Original dalam 4 liter air, rendam kain selama 5 minit, kemudian bilas dan biarkan kering.

Meja, laptop dan gajet perlu dinyah kuman selalu!

How to clean your home office kit

Kredit: Good Housekeeping

Walaupun kerap membasuh tangan, tapi bagaimana dengan meja kerja, laptop dan gajet yang sering disentuh dan terdedah dengan kuman tu? Sebaik-baiknya, lap meja kerja dan peralatan menulis di atas meja setiap hari menggunakan Clorox All Purpose Cleaner Spray with Bleach untuk membasmi kuman. Cuma semburkan pada permukaan, biarkan selama 30 saat, lap dan biarkan kering.

Untuk gajet seperti laptop dan smartphone pula, pastikan korang lap menggunakan Clorox Disinfecting Wipes dengan kerap atau selepas setiap kali penggunaan. Barulah boleh nikmati persekitaran yang bersih tanpa rasa gusar. 

Jangan sesuka hati sentuh fasiliti awam!

Can You Get Infected By Pressing Lift Buttons? And Other Questions ...

Bila di pejabat dan tempat awam, sangat susah untuk kita mengelakkan diri dari tak bersentuhan dengan orang lain mahupun menggunakan fasiliti awam seperti butang lif, pintu pejabat, tandas, sinki, mesin fotostat dan pelbagai lagi.

Untuk sentiasa melindungi diri dari kuman berbahaya, jangan lupa untuk sentiasa bawa Clorox Disinfecting Wipes tu kemana-mana supaya mudah untuk korang disinfeksi sebarang permukaan yang terdedah dengan kuman bila diperlukan.

Bawa bekal lagi bagus!

14 Healthy Lunch Ideas to Pack for Work | Daily Burn

Kredit: Daily Burn

Macam yang kita tahu, perniagaan makanan dan restoran dah dibenarkan beroperasi serta pelanggan pun dah boleh makan di restoran. Tapi, ramai yang masih belum bersedia untuk makan di luar dan memilih untuk bawa bekal sendiri.

Selain mengelakkan diri dari kontak secara langsung dengan orang ramai dan berkongsi peralatan makan, langkah ini juga dapat mengurangkan penyebaran kuman sebanyak mungkin.

Jom mula dari sekarang, kita jaga kita!

Image may contain: drink

Macam yang kita tahu, kes baru dalam penularan virus COVID-19 di Malaysia dah semakin berkurangan dan ramai daripada pesakit dah beransur sembuh. Semua ni adalah hasil dari kerja keras barisan hadapan dan kita semua yang patuh dengan SOP serta peka dengan keadaan sekeliling untuk mencegah wabak ni dari terus merebak. Syabas, rakyat Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Clorox Malaysia dan laman web Clorox. 

SKIP THIS AD ×