Selepas lama menyimpan cerita, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, mendedahkan hubungan persahabatannya tidak ‘direstui’ oleh seorang individu toksik.
Artikel Berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Terkejut Tengok Keputusan ‘Scanning’ Klinik, Netizen Dakwa Penyondol Hamil?
Sahabat sampai syurga
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Shuhada memuat naik tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualan dengan rakan lama yang sudah tujuh tahun tidak berhubung.
Berdasarkan mesej itu, individu terbabit menyatakan hubungan mereka terhenti selepas Shuhada berkahwin pada tahun 2016.
Meskipun tidak menyebut nama, dipercayai individu terbabit adalah Hafidz.
Kepada sahabat lama saya. Awak tahu awak siapa. Sejujurnya, awak bukan sahaja seorang kawan malah saya dah anggap seperti adik sendiri.
Kita sudah tidak lagi berhubung selepas awak kahwin pada 2016, persahabatan dihalang oleh orang yang toksik itu.
Tapi jauh di sudut hati, saya berharap satu hari kita dapat jadi seperti dulu. Berborak dan ketawa (tambah dalam loghat Kedah hang).
Dan Alhamdulillah akhirnya kita dapat kembalikan semula. Berhubung semula selepas 7 tahun. Nanti kita tetapkan masa jumpakan anak-anak, Kabir dan Humaira Umar ye.
Dalam pada itu, Shuhada dilihat ‘repost’ hantaran tersebut dengan meluahkan rasa syukur serta emoji mengalirkan air mata.
Dua minggu lalu, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: Instagram