berita

‘Kembalilah Ke Florence, Mereka Menunggu Anda’- Luahan Menyayat Hati Rakan Untuk Davide Astori

March 6th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Beberapa hari lepas dunia bola sepak dikejutkan dengan kematian pemain bola sepak berumur 31 tahun dari Itali dan kelab Fiorentina, Davide Astori. Astori dilaporkan mati ketika sedang tidur ketika menginap di sebuah hotel di Udine menjelang perlawanan bola menentang Udinese dalam saingan Serie A ahad lepas.

Semua perlawanan Serie A ditunda demi menghormati kematian kapten Fiorentina itu. Baca luahan menyayat hati dari seorang rakan sepasukan, rakan baik di Instagram miliknya.

Bagaimana perasaan bila sudah tiada kelibat anda?- rakan sepasukan

Rakan sepasukan mendiang Davide Astori, Riccardo Saponara telah memuat naik foto serta kapsyen menyayat hati di Instagram miliknya. Saponara merupakan rakan baik Astori dan boleh katakan mereka sering melakukan aktiviti bersama. Menurut Saponara lagi, Astori merupakan seorang insan yang baik dan disayangi ramai.

Menerusi kapsyen Saponara di Instagram

Kapten oh kapten, kenapa anda tidak turun sarapan dengan kami? Kenapa anda tidak ambil kasut di luar bilik Marco (rakan sepasukan) dan minum orange juice seperti biasa?

Sekarang mereka berkata kehidupan harus diteruskan dan terus bersemangat, tetapi bagaimanakan rasanya bila kewujudan anda tidak dirasai lagi? Siapa akan datang setiap pagi di kafeteria, buat regangan dengan senyuman manisnya?

Siapa akan tanya perkembangan serta aktivti kami dan bergurau, bergelak tawa bersama? Siapa akan memberi kata-kata nasihat serta dorongan kepada anak-anak muda dan mengingatkan sedikit rasa tanggungjawab kepada yang tua? Siapa yang akan membuat satu sesi latihan ‘two touch play’ dan siapa akan mengalahkan Marco di game Playstation?

Kepada siapa kita akan berborak mengenai rancangan Masterchef, Florence’s restaurants, TV series atau permainan game yang kita main? Kepada badan siapa saya akan sandar selepas sesi latihan yang memenatkan? Kembali lah. Anda kena habiskan menonton fiilem LaLaLand untuk menganalisis seperti filem-filem yang lain.

Kembali lah ke Florence, mereka (kelab Fiorentina) menunggu untuk anda menandatangani kontrak baru serta menghargai segala jasa baik dan sikap positivity yang anda berikan pada kami setiap hari. Keluar dari bilik itu, kami akan tunggu anda esok hari di pusat latihan.

Walau dimana anda sekarang, teruskan bertahan di depan pintu gol dan tunjukkan kami arah yang betul. Oh kapten, kapten saya. Selamanya, kapten saya.

Sumber: Instagram Riccardo Saponara

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×