berita

Kembung Perut Selepas Makan Terung, Lihat Respon Doktor Ini

September 26th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral isu seorang doktor membebalkan seorang individu gara-gara berpantang laksa. Menurut doktor tersebut, tiada istilah ‘angin’ dalam pemakanan semasa pantang.

Terbaru, seorang gadis pula kongsi pengalaman perut kembung selepas makan terung. Paling menarik perhatian kami adalah perbualannya bersama seorang doktor berpurdah.

Makan terung dan kembung

Masa saya ambil paper makan dan pemakanan di universiti memang tak ada makanan sejuk, makanan panas. Tak ada makanan yang menyakitkan badan kecuali makanan yang tinggi kalestrol atau tidak. Memang kalau ikut pakar pemakanan di masa saya belajar buku dan tulisannya, masa mengandung makan seperti biasa tak perlu pantang.

Tetapi satu hari saya berjumpa dengan seorang doktor berpurdah. Namanya Dr Zaharah. Orangnya sangat lemah lembut dan penuh simpatik. Pernah saya makan terung dan perut saya kembung. Saya berjumpa dengan beliau. Dia tidak membebalkan saya kerana saya makan terung dan kembung. Tetapi kata beliau. “Saya masa di Pakistan saya makan terung okay sahaja, kemudian saya makan di Malaysia perut saya akan kembung dan berangin macam awak.

Di Pakistan cuaca panas dan kering

Apabila saya kaji, satu mungkin cara masakan disana. Kami selalu bakar sahaja terung tersebut tapi di sini di campur macam-macam rempah.. Di Pakistan cuaca panas dan kering tetapi di sini panas dan humid. Ada bezanya di situ. Memang makanan itu tidak mendatangkan apa apa kesan dengan badan kita tetapi combination rempah ratus atau mungkin cuaca membuatkan bila kita makan dan memberi kesan kepada badan kita..” Kata-kata itu masih saya ingat. Lama saya tidak mengunjungi doktor tersebut kerana sudah berpindah dari Ampang sejak tahun 1999. Kemudian di Kajang ada seorang doktor yang suka bercakap tetapi kata-kata beliau sangat berterus terang.

“Kalau makanan tu tak elok dengan awak jangan makan. Awak nak makan kenapa? Angin satu badan awak nanti..”Hah? Awak ada kencing manis? Mana ada. Badan tak kurus pun. Kencing manis ni buat orang kurus tau..” (nak kata akak gemuklah tu haha) Sebenarnya saya tanya adakah saya ada kencing manis? Alhamdulillah tak ada..Saya jumpa ramai doktor yang baik-baik. Komunikasi bersahaja tetapi tidak menyindir dan membebalkan pesakit. Bila ada doktor di media yang mempunyai komunikasi yang tidak beradab saya tertanya-tanya. Di manakah doktor ini belajar?

Sumber : Norhayati Berahim

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×